Wednesday, April 26, 2006

Hati


Category: Life, Goals and Hope


Penna: Lynna
Released: 26th April
Mood: Cranky

Ya, amat sukar untuk meluahkan apa yang sebenarnya dihati. Mungkin luaran ku rasakan cukup tapi hakikatnya adalah tidak. Menginginkan sesuatu yang terpendam walau terluah pun tak berguna jika tidak di pertimbangkan oleh sesiapa.

Setelah perbincangan semalam aku banyak berfikir dengan keinginan, perhatian, belaian yang kuinginkan. Aku tak mungkin mendapatkannya hanya dengan meluahkan, tidak juga dengan menyampaikan. Perlahan-lahan aku terasa seolah hanya aku yang bersungguh-sungguh ingin memberi dan dia hanya menunggu, mendapatkannya tanpa berbuat apa-apa.

Yang nyatanya, aku pernah melalui dua peringkat yang seperti itu dahulu. Mengapa aku masih belum belajar dari kesilapan masa lalu. Mengapa aku masih memberikan perhatian atas apa yang boleh membahgiakan orang lain tanpa perlu merasa bahgia pada diri sendiri. Selain teman dan anak-anak aku tidak merasa tersisih. Aku masih kaya dengan kasih sayang. Perhatian dari mereka yang menginginkan masih utuh. Yang jeleknya apabila aku mula memberi dan memerhatikan, meluahkan, aku tak terasa apa yang ku perlu itu adalah milikku.

Aku sering lari dari hakikat yang sebenarnya. Aku selalu memujuk diri dengan kata-kata bahawa itulah sahaja bahagian ku hari ini didunia. Aku boleh meminta walau dengan sesiapa saja. Dan mereka itu sentiasa menunggu tapi mengapa hatiku tertutup untuk mereka itu. Mereka sering ingin mendekati, hanya aku yang menjauhkan diri. Pabila mereka datang dengan cinta atau kasih ku jurangkan hubungan itu. Melayan seadanya dan menjawab seadanya.

Hati, aku tahu semaunya kau ingin dibelai. Jiwa aku tahu semaunya kau ingin dibaja. Rasa, aku tahu semaunya kau ingin disemai. Minda, aku harus mengajarmu untuk menerima seadanya. Kepahitan dan kesakitan semalam memang nyata tetapi yang esok hari bakal dilalui lebih pedih. Mampukah mengatasi keutuhan iman dan taqwanya.

Cekallah dikau wahai hati, jiwa lembutlah dikau mengikut arusnya, rasa alunlah badai selembut angin, minda teguhlah engkau mendokongi prinsip kehidupan. Tabah dan pasrahlah dikau wahai diri walau sehalus mana kau disiat, disakiti maupun ditelusuri, gagahlah kau berdiri disebalik jiwa yang kukuh abadi.

15.09pm

No comments: