Monday, April 17, 2006

Laprascopic Bilateral Cystectomy

Current mood: curious
Category: Blogging
Penna: Lynna
Released: 13 April 06
Mood: Ingin Tahu

Satu penyakit yang didatangi 1 dalam 7 perempuan didunia. Terjadi kerana proses bulanan haid yang biasanya keluar melalui alat sulit wanita. Endometriosis terjadi kerana cebisan darah yang keluar bukan didalam saluran fallopian, uterus dan juga rahim dan tidak keluar melalui faraj. Proses itu terjadi apabila lebihan darah kotor itu menghala kebelakang dan bukan kesaluran normal dimana ia tidak boleh disalur keluar dan membentuk ketulan dari bulan ke bulan.
Usus, uterus, ovari dan fallopian tiub bergumpal dan menyebabkan kesakitan di pinggang, pelvic dan apabila darah haid keluar. Tanpa sedar ia terbentuk dimana hanya sebulan sekali sakit mendatang apabila haid tiba. Selain dari itu tiada simtom yang dapat menyatakan bahawa endometriosis di hidapi oleh seseorang.
Ia menyerangku pada seminggu selepas hari raya sewaktu memandu kepejabat. Kesakitan yang amat sangat yang menyebabkan peluh memercik keseluruhan badan. Walaubagaimanapun aku cuba untuk mengagahkan diri ke pejabat hingga aku tidak lagi berdaya untuk menghadapinya. Aku memberitahu bos yang aku benar-benar sakit dan tidak mampu menanggung kesakitan itu lagi. Aku dikejarkan diklinik, diberi injeksen dan aku terpana seketika dan perlahan-lahan sakit itu hilang dan aku disuruh buang air kecil dan sedikit sampel diambil untuk dibuat kajian.
Darah dan protein ditemui dalam kencingku dan dengan itu dikaitkan dengan buahpinggang. Aku diberi cuti setelah itu dan diberi ubat tahan sakit sekiranya aku diserang lagi. Aku bertahan sehingga tengahari esoknya dimana kali ini aku diserang dengan lebih hebat sehingga dimasukkan ke Bilik Kecemasan.
Aku dicucuk lagi, sampel darah diambil, begitu juga air kencing dan seterusnya temujanji dibuat bagi keseluruhan kajian dibuat. Lima bulan selepas itu aku, setelah diperkenalkan kepada doktor sakit puan, aku disahkan bukan menghidapi sakit buahpinggang tetapi mempunyai ketumbuhan didalam perut yang perlu dibuang kerana ruang itu telah dipenuhi sepenuhnya.
Ruangan kiri ovari telah penuh dengan endometriosis yang bersaiz 5x6cm dan uterus telah mengembang dua kali ganda dari saiz asal dan menyebabkan kesakitan yang tidak terhingga. Ovari sebelah kanan tidak terlalu besar dan tidak berapa memudaratkan tapi juga perlu dibuang.
4 lubang ditebuk bagi memudahkah kamera dan laser untuk melihat keadaannya. 7 botol air dan antibiotik masuk kedalam saluran darahku selama 4 hari diwad dan satu saluran kecil bagi menyalurkan lebihan pendarahan yang diletakan sebelah kanan dalam satu kantung kecil. Dimana darah yang kecoklatan dibuang pagi dan petang untuk memastikan kesemua darah yang kotor dibuang dan tidak lagi tersimpan didalam perutku. Haid datang pada hari pertama operasi dijalankan dan seperti biasa hampir dua minggu lamanya. Walau warnanya telah berubah dan kuantitinya kurang tapi ia masih meninggalkan kesan padaku. Sakit apabila ingin membuang airbesar dan juga apabila angin memenuhi ruang perutku. Ketegangan berlaku apabila aku duduk terlalu lama ataupun berjalan banyak.
Syukur segala keperluan makan minum cukup dijaga oleh adik, pembantu, mak, makcik dan teman-teman. Teman sepejabat datang membawakan pati ikan haruan dan pati ayam untuk memulihkan luka didalam.
Kepada semua yang menghantar SMS untuk mengetahui keadaan dan doa, terimakasih tak terhingga kerana ingatan terhadap diriku. Leen, Dizz, Aniz, Ida, Liz, Dot, Dol, Mohd, Naz, Poker, Bungkel, Yati, Rome, Niza, Sam dan lain-lain, terimakasih. Disinilah terletaknya nilai persahabatan dan kasih seorang kawan yang mana terluah bukan hanya dengan luahan perasaan tapi doa yang ikhlas.
Alhamdullillah, allah memberiku ruang dan cinta kasih kawan yang dapat meneruskan senyumku hingga kini.

1150pm

No comments: