Thursday, April 10, 2008

Teman Baik

Apa erti teman baik?

Setiap yang kita lakukan selalunya dengan harapan apa yang diperlakukan itu dapat dinikmati bersama setelah kita memberi. Bagaimanakah menghakis perasaan itu? Bagaimanakah kita dapat mengikhlaskan sesuatu dengan rasa redha dan tawadduk.

Adakah teman yang dapat menghalusi apa yang kita lakukan dan juga mengikhlaskan tiap perbuatannya terhadap kita?

Begitu juga buat yang tersayang. Selalunya apa yang kita perbuat selalunya kita inginkan yang serupa darinya. Itulah yang salah sebenarnya.

Dalam hidup ini kita tak kan dapat apple for an apple kalau ditelusi. Akan ada yang lebih dan ada yang kurang.

Mengapa perasaan aku semakin terusik sekarang?

Sebenarnya aku tahu cuma aku tak dapat berterus terang. Takut disalah ertikan yang aku menginginkan simpati atau meminta.

Benar kata Rom sukar untuk kuletakkan ketepi maruah dan egoku hanya kerana inginkan sesuatu. Aku tak akan mengalah hanya untuk mengharapkan kehidupanku lancar walau pada hakikatnya tidak.

Aku amat tersepit disegi kewangan. Aku tahu dia mahu membantuku tetapi haruskah aku mengambilnya. Salah aku juga kerana aku takut pemberian itu akan membuatkan aku terikat padanya.

Salah itu aku akur dan tidak dapat aku hakis jauh dari aku. Aku tak dapat menerimanya. Aku belum habis berusaha habis-habisan. Aku masih boleh melakukan kerja-kerja lain yang mampu menjana kemasukan wang tetapi daya dan kederatku amat terhad.

Emosiku juga terdera. Aku ingin pergi jauh dari melihat anak-anak memandangku dengan rasa simpati. Namun aku sangat bangga dengan apa yang mereka lakukan untukku.

Aku sedar selama ini aku tidak mensia-siakan masa dan tenaga untuk mereka. Mereka mampu membuatku tersenyum, gembira malah bangga dengan pencapaian yang mereka raih walau tidak se gah mana. Aku kagum dengan mereka.

Tuhan beri aku kekuatan lagi untuk terus berdiri. Sebenarnya aku tak mampu memilih walau kusedar didepan ku ada dua jalan yang terbentang luas. Sabar adalah milikku. Jika yang ini tidak berjaya maka aku terpaksa memilih jalan yang lagi satu.

Insyaallah...