Thursday, January 18, 2007

Ikhlas


Current mood: thoughtful
Category: Blogging

18 Jan 2007
6.07pm

Definisi berbeza-beza dari setiap orang. Cara perlakuan, penerimaan dan penyampaian tidak sama. Dihati nawaitu ada tapi apabila dilaksanakan ia kadangkala tidak sampai ketahap yang dikatakan ikhlas.

Apakah ikhlas itu? Dimanakah terletaknya keikhlasan? Bagaimanakah caranya ikhlas itu dilaksanakan? Tidak dinafikan ianya sukar untuk ditentukan dan bagaimana ia dinilaikan.

Mendalami ilmu ikhlas bermakna mencabar kewibawaan diri, iman, taqwa dan minda. Namun jika benar ia datang dari hati yang luhur ianya pasti dilaksanakan. Dan hanya DIA yang dapat mentafsirkan keikhlasan sesuatu perbuatan, niat ataupun keinginan.

Bagaimana mencabar diri dengan ikhlas? Seperti menghulur tangan kanan dan menyorok tangan kiri. Memberi tetapi tak mengaku ianya dari kamu. Sukar untuk dipercayai masih ada insan yang melakukan ini semua tetapi sewajarnya kita tak tahu kerana hanya yang benar-benar ikhlas tidak akan menampakkan diri maupun menyebut apa yang dilakukan, diperbuat hanya untuk mendapatkan keredhaan.

Jelas dimata apa yang terpampang dikehidupan sekarang ini, keikhlasan semakin pupus. Mungkin dari cara penulisan ini anda juga bisa menilai. Tetapi bagiku dari sinilah aku belajar sambil mengingatkan diri kembali dari apa yang sepatutnya kulakukan.

Yang baik dari dia, yang buruk dari kita.
Nawaitu adalah milik kita, penghakiman adalah miliknya.
Wallahuallambissawab....

No comments: