Thursday, August 10, 2006

Suratan yang Ditentukan Kini.....

Released: 100806
Mood: Shaky

Category : Pouring

Menipulah aku jika dikatakan aku tak terasa dan tak ambil hati sikitpun atas reaksi yang diberikan padaku. Bagaimana aku menerimanya? Aku sendiri tak tahu dalam lembut ada kasar dalam diam ada marah dalam ketawa ada tanggisan yang tak terucap yang tersekat dikerongkong tanpa dapat diluahkan.

Aku melarikan diri dari anak-anak kerana tak sanggup menjawab soalan tanpa jawapan. Jawapan yang tiada padaku menyebabkan aku sendu sendiri, tak mengerti apa yang perlu ku lakukan. Menyibukkan diri dengan kerja dan juga teman yang mungkin perasan.

Seminggu yang lepas aku di tegur T, dengan perubahan diriku. Namun aku menafikannya. Dikala aku begini selalunya aku melarikan diri dari teman. Aku tak mahu teman tahu yang aku dirundung kesedihan. Tidurku dikunjungi satu wajah yang selalu ingin kubuang jauh dari hati kerana hubungan terlarang ini menyakit kan aku, dia dan ramai lagi.

Dari menyakiti hatinya, dia dan semua yang dekat dengannya aku jadi begini. Aku rasa bersalah dan tertekan. Dengan sikapnya yang melarikan diri dari panggilan, sms dan itu nyata bagiku yang dia mahukan dirinya semula untuk isteri anak dan familinya.

Maka aku pasrah dan redha dalam ketentuan MU demi masa depan dia dan familinya. Aku rela menjadi penanti sepi semula. Aku rela menelan airmata dari menyebabkan ramai yang menanggis.

Hati mana yang tak terhiris, luka dan sedih. Namun itu lah ketentuan "Suratan atau Kebetulan"

Maafkanlah diriku kerana menyayangi dirimu...

No comments: