Monday, February 27, 2006

Hope of Tomorrow

Penna: Lynna
Released: 260206 (12.15am
Mood: ???
Category: Reaching the star

The meeting was good and yes the regret looks in the eye are shown of why it only happens now and not during those days when the time is solely ours. I, as always has been reminding you that never look back of past which has been left, but to look out of today and tomorrow which is more promising if we let it be. Time will takes place and natures will take it own cause.

Now with that I have problems in managing my way of thinking. I’m thinking very much way ahead nowadays to weigh and measure the fun and the challenge, the sad and happiness that I might have. Good to have a power to control the emotions and the way of it being think rationally and theorically. But how long? My surroundings is teaching me to be careful and alert but my instinct is saying to take mother natures call and let god be your judge to lead. Do whatever I need to do. To be happy with it, I have to work on it, share it and make it happen. With a goal I’m sure it will be launch successfully and granted upon accordingly.

Strange, yeah I feel strange now. Deep in me being single, independent and lively striving for tomorrow positively make me feel so comfortable in my own den and zone. Would I take command, would I want to be held, would I compromise. Lastly would I love in return successfully? I would, but to have him in my arm and embrace with possibility of life together…. That’s the big question?

Dear ….

Aku mungkin mengambil waktu yang lama untuk menyesuaikan dan tabah asalkan kau sabar dan pasti. Sentuhan jiwa, cinta, keserasian, usaha, pesona dan yang paling penting mencapai tujuan biarpun adakala aku terlontar jauh kedasar emosi yang berbelah bagi. Untuk dia yang perlu aku fahami, untukmu yang perlu aku kasihi, untuk mereka sokongan padu dan pasti kerana aku tak mahu kecundang lagi. Jalinan mimpi dan realiti, jalinan sengsara dan gembira, jalinan bara dan dingin yang tak diingini harus disulam dalam alasan agar penghujung ditemukan.

Langkah kita masih jauh. Aku inginkan yang terbaik buat semua. Aku mahu kau dan diriku diterima dari segala segi, pandangan dan perhatian. Aku masih perlu banyak belajar memahami kehendak dan keinginanku sendiri. Aku yang masih dalam dilemma antara keinginan dan tuntutan masyarakat keatas individu sepertiku. Siapakah yang tak inginkan kebahagian, kasih sayang dan sokongan, aku tak terkecuali. Ya, tiada siapa yang dapat mengagak hari esok yang tidak pasti, tetapi yang pasti untukku adalah apa yang ingin kusampaikan buat mu dan aku, adalah untuk mencapai matlamat yang diinginkan. Izinkan aku mengalun melodi, inzinkan aku meraih mimpi, izinkan aku menghindar sepi, izinkan aku membakar diri… Demi panas yang akan membakar jiwa, demi salju yang membajai rohani aku ingin memanjat badai demi untuk satu destinasi… Aku ingin mengalun ombak agar rona pelangi dapat dinikmati, aku ingin setiap yang terjadi dinikmati atas alasan sendiri… Inilah suara hatiku, inilah bicara rinduku agar semua yang melihat memandangku dari segala sudut dan pekertimu..

Satu pintaku bersabarlah dengan segala rona warnaku yang bakal berubah setiap waktu. Biarkan ia mewarnai kehidupan aku, biarkan ia mencorakkan cerita hidupmu dan apabila kau sudah sedia menyulam mimpi, jadikan aku segaris pelangi. Bukan hanya untuk dirimu tetapi untuk semua yang berada dikeliling kita... Aku pencetus kesangsian dan aku juga pencetus mimpi indah, aku pencetus minda gelora dan aku pencetus keinginan rasa. Aku ingin kembali menjadi perempuan, isteri, ibu, kekasih dan kawan buatmu yang memerlukan dengan segala pemerhatian, pemahaman dan kesedian untuk mendengar…

Sabarmu menjadi sainganku, fahamanmu menjadi idolaku, caramu akan mengiringi rasa kagumku… Izinkan aku menyebarkan warnaku keseluruhan alam tanpa rasa sangsimu, tanpa rasa kesalmu, tanpa rasa ragumu… berikan aku sokongan moralmu dan rasa kasih yang tiada berbelah bagi.

Untukmu ruang ku buka semula untuk dirintis. Onak dan durinya, hitam atau kelabunya, putih atau kusamnya agar ia bercahaya semula… Untukmu aku harus membuka semula satu pintu yang kututup rapat untuk insan yang bernama lelaki… Untukmu kubuka ruang mencabar hatiku untuk mengakui bahawa kamu adalah insan yang mampu menundukkan egoku… Untukmu akanku cuba menerima bahawa masih ada yang sayang padaku dengan penuh rasa cinta, hormat dan kasih sayang…

Tidak semua rasa dapat diluahkan dengan kata-kata… kadangkala direalisasikan melalui sentuhan, renungan, permerhatian dan entah apa cara lagi… Pandanglah dan bacalah dengan mata hati, rohani dan jasmani. Mungkin aku kan silap dan kecundang lagi tetapi sekurang-kurangnya aku memberi peluang untuk kita membuka ruang untuk disakiti, dikhianati, dikasihi, diperlukan dan lain-lain lagi… Semuga allah merestui apa yang dirancangnya ini… Semuga DIA melorongkan yang terbaik untuk kita adanya… Semua ini mungkin adalah taqdirku yang bermimpi disiang hari… Amin….

No comments: