Monday, November 07, 2005

HEART LIES, INSTINCT NEVER

Langit tidak selalu cerah, awan tidak selalunya mendung, awan berarak mendung berlalu, pelangi bersinar, mentari menyinar. Begitulah pusingan hidup, ibarat roda berpusing terus tanpa henti. Hari ini aku senang esok lusa entah apa, biar semalam suram, sebentar lagi mungkin cerah hendaknya.

Dua tiga hari kebelakangan ini hatiku tidak tenteram. Entah apa yang berada dalam kotak fikiran aku sendiri tidak tahu. Hakikatnya tidak nyata tapi firasat itu ada. Aku tidak melayani perasaan itu, yang aku tahu sistem tubuhku amat merosot kebelakangan ini. Mungkin disebabkan terlalu banyak berfikir tentang persiapan persekolahan anak-anak. Senyum dalam tanggis, tanggis dalam senyum namun insyaallah tetap dapat dilalui dengan tabah dan taqwa.

Ingin kucoret disini perasaan yang tak menentu tetapi tidak tahu bagaimana dan apa yang dapat kuluahkan. Aku ditanya apakah aku mencari perhatian disini melalui tulisan-tulisan ini, melalui pengalaman-pengalaman yang kulalui dengan memaparkannya disini.

Apa jua lah yang kau fikirkan sebenarnya aku lebih senang menulis disini atau dimana saja aku ingin menulis. Dan kadangkala duanya juga ada terpapar atau tiganya. Yang penting apa yang kurasakan tertulis biar apa cara juga.

Kejadian yang tidak kuingini terjadi lagi. Mengheret aku ke pejabat awam dan juga kepejabat yang berkaitan dengan masalah terbaru ini. Manusia yang diberi tempat tinggal, makan dan minum, dilayani seperti saudara sendiri lari meninggalkan setelah diberi cuti.

Pelanduk selalu melupakan jerat namun jerat tidak melupakan pelanduk. Setinggi-tinggi tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Allah menurunkan lagi dugaan selepas satu dugaan. Aku berserah, pasrah disamping itu berusaha yang mana terdaya. Nasib baik diwaktu sikembar telah bercuti sepenuhnya.

Walaubagaimanapun permitnya hanya dua bulan saja lagi berfungsi. Esok imegresen pasti membatalkannya dan aku terpaksa membayar denda yang bukan seharusnya aku yang lakukan. Tetapi mungkin ada hikmahnya disebalik pelariannya. Daripada seluruh barang-barangku dikebas biarlah dia ditangkap dan dimasukkan kedalam tempat orang-orang tidak mempunyai hukum akal yang lengkap sebagai manusia.

Berbalik kepada pertanyaan teman ku, untuk apa aku menulis lagi disini? Hmmm entahlah aku bermula disini, aku ingin teruskan disini dan aku merasa keserasian atau mungkin melihat angka yang menelusuri ruang ini dan mereka yang masih bersamaku dan permintaan mereka yang masih ingin berkongsi pengalaman realiti hidup yang dilalui.

Atau mungkinkah aku mencari publisiti? Aku bukan artis pujaan, seperti Haris Iskandar, Umie Aida, Saiful Apek, maupun sicomel Afdlin. Aku mencari diriku. Aku mencari identitiku, aku mencari aku, aku mencari siapakah teman yang sanggup mendengar, mencaci, membodohkan, berkongsi dan memarahiku. Aku dah jumpa beberapa hanya untuk mendengar, hanya untuk berkongsi, hanya untuk membodohkan perlakuanku dan aku juga dah jumpa beberapa antara semua yang tertulis diatas. Yang nyata, yang boleh mendengar, memarah, membodohkan dan menasihatkan itu tidak punya apa-apa niat disebalik persahabatan. Niat yang tulus, ikhlas dan juga sifat keakuanya ada pada dalam dirinya. Bisa meluahkan apa saja yang ditanya, biar untuk nasihat, pandangan atau apa juga. Alhamdullillah.

Yang datang hanya untuk sesuatu sebab memang ramai tetapi aku masih tetap menerima sebagai teman seadanya. Kau adalah kau dan aku tak berhak menukar kau seperti aku. Dan aku menerima kau seperti apanya diri kau itu. Hodoh, lawa, ganteng, cilik, pandai, cerdik, licik entah apa lagi. Setiap orang itu dikurniakan dengan kelebihan tersendiri maka dengan itulah aku menerima mereka kau seperti mana dirimu itu.

Lelaki dan perempuan tiada bezanya dimana jua. Yang lebihnya perempuan itu cuma boleh melahirkan. Kekurangan dan kelebihan mereka ada dalam lelaki dan perempuan itu sendiri untuk dilengkapi maka yang berkenan akan tentunya mencari aku dan aku tentunya mencari kau. Bagi yang tidak cuma akan menjenguk dan pergi. Inilah kebenaran, kenyataan, biarpun payah dan sukar ku terima dengan hati terbuka.

Sepanjang hari aku moody tapi sehingga diwaktu ini dikala ini aku menerima dugaan ini dengan senyuman dan dengan hati terbuka. Sesungguhnya esok membuka lembaran baru kehidupan. Yang pergi tetap akan pergi dan yang tinggal akan terus menghulur tangan bersahabat, berjabat, menyirami erti persahabatan itu dengan kasih dan sayang. Dan aku pasti yang pergi akan datang lagi atas sebab-sebab tersendiri. Yang pasti sebab itu tersimpan hanya dalam dirinya sendiri.

Selamat malam teman. Sebenarnya aku rindu untuk menulis diruangan yang menemukan aku dengan diriku yang sebenar. Aku temui kegembiraan. Aku dapat meluahkan isihati, keriangan, kesedihan dan juga mungkin satu pembohongan. Erk aku berbohong? Sensugguhnya bukan aku itu hehehhehehe. Atau ia datang dengan sebab untukmu jua…

Date released: 071105 (1.05am)
Currently watching : Kal Ho Na Ho (heheheheh layan hindi : Deparaya apa?)
Mood: Thank god to give and rationalize my thinking

Pstt: to Joey thank you for toning down my pensive mood, and taking away my brutality. Provocation always brings the evil me, the opposite me. Good advice always come from rational thinking. God send me devil, saint, angel, bitch, liars, beggars, etc for me to take them equally as human. Does anyone of you take me as me? Its all in your heart only your heart answer it honestly. Your lips might say yes but heart is saying no. I take what your heart is saying and my instinct never lie. Meet me at the borderline should you really confused then.

No comments: