Friday, April 07, 2006

Desire and Need

Penna: Lynna
Released: 060406 – 10.22pm
Mood: Puzzled
Currently listening: Kau yang Teristemewa (Adibah Noor)

Ini adalah khas buatmu abang...

Pada waktu-waktu tertentu aku pasti dapat meleraikan kekusutan yang dihadapinya. Aku tahu kebuntuannya adalah kerana dia mahu bersikap jujur dan dalam waktu yang sama tidak dapat melepaskan aku dari minda dan hatinya. Kenapa? Entahlah… hanya dia yang mengetahui.

Mengapa abang menanggis? Mengapa menanggisi waktu yang telah kita tinggalkan. Mungkin allah mahu kita merasai apa yang kita rasai sekarang ini setelah kita rasai hari semalam yang mendukakan. Mungkin esok yang datang lebih baik atau mungkin lebih buruk. Yang tahu nyatanya hanya allah sahaja.

Jangan takut menghadapi esok. Taqdir bukan ditangan kita. Jodoh dan pertemuan ditangannya. Kita bertemu semalam tapi tak ditakdirkan berkasih-kasihan, tapi kini ditemukan semula dan meneruskan apa yang tertinggal. Yang boleh kita lakukan cuma merancang dan menjadikan ia satu kenyataan tetapi ia perlukan usaha dan keinginan yang kukuh dalam minda dan jiwa.

Ketepatannya tergantung kepada bagaimana kita meyakinkan hati kita apa yang dilakukan ini adalah yang terbaik buat kita berdua, untuk semua orang disekeliling kita. Tetapi yang terutama adalah untuk diri kita dahulu. Memintalah dengan sesungguh hati allah pasti memberi. Yakinlah!

Walau aku tahu dia tak kuat untuk menghadapinya, maka berdirilah aku dibelakangmu untuk menyokong dan mendorongmu. Tetapi usaha adalah ditanganmu. Aku akan tetap terus disini seperti dulu, tetap walau tiada dimata tetapi dihatimu kutetap disitu. Aku redha dan berserah. Aku akan teruskan usahaku, bagi pihak dirimu kecekalanmu terletak pada iman dan taqwamu. Percayalah allah sedang mendugamu dan aku, dan aku yakin aku adalah insan terpilih untuk menerima dugaan ini.

Cinta, kasih dan sayang….

Ia perlu pengorbanan. Aku tahu aku harus menjadi tongkat buat sibuta, penyuluh buat yang gelap, penyokong minda yang utuh, lilin untukmu yang menerangi dan menyinar hari yang mendatang. Apa untukku? Apa yang akan menyinari hidupku adalah senyummu dan mereka.

Sampai bila? Aku tak tahu… Percayalah apabila tiap dugaan yang datang dalam hidup, ianya adalah peringatan untuk kita hadapi dan maklumi. Untuk menanganinya haruslah kita dalami apakah isi dan intipatinya.

Sejauh ini, aku menelusuri hati dan perasaanku sendiri. Aku tidak mahu menyakiti walau ternyata aku disakiti dan tidak mahu memaklumi tetapi aku belajar dan pasti waktu untukku tetap ada untuk meneruskan cita-cita dan keinginan yang bersarang dalam jiwa.

Aku jua ingin dikasihi, dicintai, dibelai. Sedikit demi sedikit aku perolehi apabila aku mula menyuarakan hasrat hatiku, keinginanku. Walau gejolak rasa itu meronta-ronta namun aku tahu bila waktu harus bertindak, bila waktu aku harus diam, bila aku harus berlalu namun perlahan-lahan ia datang memberi kepuasan berkat kesabaranku sekianlama.

Mungkin bagi mereka yang telah kehilanganku akan terasa bahangnya tetapi bukanlah niatku untuk mereka itu mendapat pengajaran begitu. Takdir yang menentukan ianya begitu maka aku pasrah dan merelakan agar aku redha dengan ketentuan dan bahagianku didunia.

Bersyukur dan berterimakasih atas setiap pemberiannya sentiasa mengingatkanku supaya menyedari kehadiranNYA mendengar doaku tiap waktu.

Untukkmu sayang gagahlah berdiri dibelakangku, untukmu kawan utuhlah kau disitu, untukmu kecintaanku dunia akhirat, ibu sentiasa berada disisimu selagi dipinjamkanNYA. Teguhlah aku disitu…

Namun dalam waktu persembunyian ini aku dikejutkan dengan mimpi yang manis setelah mimpi direalitikan. Aku dikejutkan dengan mimpi yang menggangu lena tidurku. Termanggu aku buat seketika. Manisnya mimpi itu benar-benar mencuit minda dan hatiku. Biarlah DIA yang menunjukkannya dengan terang. Biarlah DIA yang menyerlahkan makna mimpi itu. Ditanggannya kuserahkan diriku, untukknya kuserahkan diriku, kerana aku ini hanya pinjaman yang untuk satu waktu akan di ambilnya semula untuk satu waktu yang abadi dan pasti….

8.12am (070406)

No comments: