Thursday, April 27, 2006

Inner Feed

Penna: Lynna
Released: 270406
Mood: PiSSEd

Mengingatkan dan memaki adalah dua benda yang berbeza. Peringatan diberikan dengan ikhlas dan jawapan dengan makian dan juga kenyataan hukuman meletakan aku dalam kekafiran mengatasi keimananku. Zahar, sebenarnya kau lupa seperkara yang selalu ku jauhi sejak dulu.

Apabila kau datang menghulur tangan, kupalingkan muka dengan langkah sopan untuk pergi jauh. Kerana aku tak mengini apa yang ingin kau tawarkan padaku. Ketahui olehmu kerana ketidak stabilan mu dan sikapmu yang suka menurut kata-kata seorang perempuan tidak cukup membuktikan yang kau boleh menjadi pemimpin dalam kehidupan aku.

Pada langkah dan detik kehidupanku selama ini aku menetapkan, melengkapkan, mengadakan dan memenuhi ruangan yang tidak dapat diberi kepadaku. Dari situ aku bertekad tidak lagi mahu menjadi ketua untuk segalanya. Aku mahu lelaki yang berada disebelahku menjadi pemimpin, ketua, ayah, kekasih dan kawan yang mampu memberi aku panduan, perintah bagi segala yang dia atau aku inginkan. Mampu berfikir bagi pihak aku dan memutuskan apa yang perlu dilakukan.

Dan aku tidak mungkin meletakkan harga diri wanita lain serendah isterimu meletakkan diriku. Harimu telah tiba tetapi hariku masih jauh. Langit tidak selalunya cerah dan awan tidak selalunya mendung. Tidak selalunya kita menongkat langit. Allah lebih mengetahui apa yang ku simpan selama aku berada disisimu. Hari itu pasti muncul dan pada tika itu jangan kau cari aku lagi. Aku tidak lagi sudi mendengarnya.

Ya aku tahu kerana tangan mu yang bersumpah dengan al-quran dihadapan ibuku yang kau takkan menyentuh aku sebelum berkahwin memakan dirimu kerana aku tak ingin mengikuti perintahmu itu. Aku mahu menjadi yang haq sebelum aku disentuh kerana itu kau beralih pandangan mungkin kerana Roslinah pencetus nafsumu sedari awal. Maka aku kau jadikan alasan untuk kembali padanya. Entahlah naluri seorang wanita mungkin tak sama dengan naluri seorang lelaki. Mungkin kerana itulah aku tidak terburu untuk menerima pelawaan untuk kau mengahwini ku dan tidak juga aku mengiyakan pelawaan untuk ke umrah bersama wang dia.

Rumah allah yang ku agungkan ingin ku jejaki bila sampai waktunya kerana bila aku terpanggil dengan rezekiku dan imanku maka pada ketika itu akan ku serahkan jiwa ragaku padanya dan harapanku pada suami baruku jika ada. Insyaallah, untuk itu aku masih menjalin mimpi, menenun fantasi dan meraih realiti.

Walau aku nampak kuat dan gagah, tetapi hakikatnya jiwaku entah kemana hilang sedari masa kecilku. Kuraih semula tetapi entah dimana. Dimalam yang sepi ditemani suara malam, cengkerik, aku akur ditepi katil dalam syahduku memohon KEPADANYA untuk memberiku kekuatan emosi dan mental. Kubasahkan jiwa dengan zikrullah, basahkan hati dengan iman, pasrahkan diri hanya UNTUKNYA. Aku ingin disayangi, dikasih dan disayangi bukan disakiti atau di aniayai.

Pudar rasa untuk bercinta, pudar rasa untuk mencari, pudar rasa untuk memberi. Yang tinggal hanya rasa ingin membahgiakan agar aku tidak lagi dijadikan batu loncatan.

Aku amat merindukan belaian yang menjadikan aku amat sensitif. Abah, kembalilah, usap rambutku, ucapkan kata sayangmu. Aku rindu abah… Rindu yang teramat mencengkam dan menusuk kalbu.

Abang, walau aku ada dirimu tetapi aku terpaksa menghadkan jurang itu kerana aku tak mahu lagi tersungkur hancur dipersada bumi. Tangan yang menyuapkan nasi kemulutku semalam cukup membuatku nanar hingga kehari ini. Bilakah kali terakhir aku dilayan sebegitu rupa selain dari aku yang menyuapkan dan menyiapkan masakan dengan segala rasa cinta kasihku selama ini untuk semua disekelilingku.

Mulutku tak terluah kata-kata lagi, yang mengalir cuma airmata. Panas hangat menelusuri pipiku. Aku tak ingin menanggis lagi. Tak ingin kecewa lagi. Tak ingin sendiri lagi tapi dapatkah aku menggarapnya dalam realiti.

Hanya DIA saja yang mengetahui gejolak hatiku saat ini. Kekal untuk selamanya bahawa aku ini cuma dipinjamkan sekadar waktu yang tak pasti.

Anuar Zain

Rindu Belaian

Selama ini ingin ku ngerti sendiri
Entah apa saja yang kumahukan
Tiada petunjuk jalan
Biarpun apa terjadi semua kutempuhi

Mahunya biarku merasa dari mula
Biarkan semua cerita berlalu
Secara tiba-tiba
Inginku rasakan lagi semua kisah berlalu
Tak mungkin

( korus )
Aku ingin merasakan belaian
Seperti yang kuidamkan
Di mana belaian
Yang kuimpikan berkunjung tiba
Seketika atau selamanya

( bridge )
Janji terukir antara dua hati
Hanya dibibir tanpa disedari
Rindu belaian
Di masa kesunyian
Mencengkam diri
Terdampar sepi
Bagaimanakah oh rasanya
Kau di hati hanya untuk sekali lagi

14.39

No comments: