Tuesday, June 13, 2006

Biarlah Bulan Bicara Sendiri dan Bintang Menjadi Saksi



Penna: Lynna
Released: 030606
Mood: Crappy

Category: Goal Plan & Hopes

Dari jendela mata ini ada anganan yang ku panjatkan, tersimpul indah di sanubari, tersandar sepi dalam isi hati. Tak punya sesiapa untuk dikongsi, hanya tertelan bersemadi. Betapa teguh tembok jiwa, betapa kukuh rahsia hati belum lagi roboh terisi. Walau sudah di ketuk tapi belum pasti akan dihuni. Kerana penghuni itu masih belum punya kekuatan untuk meroboh dan meruak putih murni sucinya hati yang merah itu. Atau mungkin dia masti belum tahu apa yang diingini.

Wahai penghuni hati, terus lah kau disitu membelai mimpi, menjalin sepi. Walau meluap-luap kasihku meronta ingin dicerobohi tapi utuh lah engkau disitu, sehingga salamnya kudengari, sehingga permintaannya aku timbangi. Sehingga maunya aku penuhi.

Disinilah ingin ku duduki bersebelahan dengan yang memiliki. Disinilah akan kusudahi segala rona kehidupanku ini dengan seorang kekasih hati. Disebalik kelembutan sutera putih yang membalut tubuhku dan diri mu, disamping mutiara yang menghiasi dada ini, tersimpan manikam yang tertanam untuk jauhari kenali. Setiap detik kupohon doa, kupinta dengan harapan, kuinggini belas kasihan, kuimpi bahgia, kujalin kasih sayang dan rindumu padaNYA. Moga ia maha mendengarkan, maha mengampunkan, maha memberi buat aku yang terlalu mengingini impian itu satu kenyataan.

Muga aku tabah dan sabar. Walau seganas mana ombak membelah pantai, walau tanpa henti air mencurah kebatu, walau sepanas mentari membakar bumi aku tetap kan menanti satu hukuman kehidupan ini. Pasrah dan redhalah aku dalam ketentuan mu YA RABBI.

20.14

No comments: