Friday, June 30, 2006

Sacrifice

Penna: Lynna
Released: 300606
Mood: Calm


Cinta memang banyak mengundang airmata. Benar ia perlukan pengorbanan, kesabaran, keimanan yang kukuh dan kuat. Selama ini aku masih lagi akur pada ketetapan itu. Akur dengan segala yang ditentukan dan redha.

Seawal pagi aku telah diherdik oleh orang yang aku pernah hormati sebagai suami dan masih lagi aku hormati sebagai ayah kepada anak-anak ku tetapi sayangnya penghormatan itu baginya tidak perlu. Aku masih seperti dulu, tak mungkin aku menukar diriku. Penghormatan keatas diriku yang perlu aku teruskan sekarang dan hanya allah yang akan mengambil yang selebihnya. Mungkin aku terlalu penat untuk memberi keistimewaan itu untuknya.

Keserbasalahan abang tak terluah melalui perasaan ataupun kata-kata, tetapi kedengaran melalui dengus nafas, melalui kebisuan, melalui kepasrahannya memulangkan kepadaNYA untuk menentukan apa yang seterusnya. Simpatiku jatuh melaut luasnya tapi itu sajalah yang dapat ku lakukan selain berdoa demi kesejahteraannya, kebahgiaannya dan rezkinya.

Aku tidak boleh terlalu memikirkan keduniaan walau itu yang akan membuatkan aku lupa tentang soal hati. Aku terpaksa menghuraikan kedua-dua keindahan itu dalam caraku. Apabila hati dan mindaku berkecamuk, aku berzikir sehingga aku terlupa apakah yang kufikirkan dan apabila aku tenang semula aku kembali kepada teman-teman yang tidak lepas dari bertanya dan cuba menceriakan keadaan. Aku bersyukur atas rezeki, rahmat, limpah kurniaannya. Mungkin kerana aku tidak lupa mereka yang disekelilingku masih bersama mendoakanku. Terimakasih ya teman, Ya allah aku bersyukur.

Keluh kesahmu abang kedengaran walau tak kesampaian padaku. Aku tahu gejolak hatimu, tapi apa dayaku. Hidup harus kita teruskan. Jangan menyerah kalah pada keadaan yang mendesak. Itu cuma sebahagian percubaan dunia untuk penyampaian hikmah ke akhirah. Sabarlah dan jangan berhenti berdoa.

No comments: