Wednesday, December 21, 2005

Dame un beso para siempre

Tiada siapa sebenarnya yang dapat menyelami hati seorang ibu selain anak perempuannya sendiri yang suatu waktu akan menjadi ibu juga sekiranya diperkenankan oleh tuhan.

Apa yang dipotretkan diluaranku adalah sesuatu yang amat gagah kuat dan tabah tapi pada hakikatnya, meruntun dan hancur berkecai. Satu demi satu dugaan datang mencabar kewibawaan dan juga ketaqwaan maupun iman.

Jika diturutkan hati mau saja ku lari jauh dari sini dan jauh dari sekeliling yang menghantuiku.

Mereka tidak akan tahu bagaimana rasanya seorang ibu tunggal yang harus bermati-matian mempertahankan ombak dan badai yang datang melanda kehidupan sehari-hari.

Mereka hanya akan nampak luarannya saja. Potret indah yang ku lukis memang pandai memain peranan tetapi kejiwaan ku tidak dapat menipu setiap pelusuk lukisan hati yang ku coret. Aku tidak ingin meminta lagi, tidak ingin mengharap lagi. Aku hanya ingin memenuhi kehendak alam agar mereka sampai kesatu destinasi.

Mungkin aku selalu lupa padaNYA, mungkin aku selalu khilaf padaNYA tapi jalan yang kau tunjukkan ku satu-satunya yang ku turuti. Aku tidak mau pada mereka yang datang hanya untuk mengahwini kerana tuntutan nafsu.

Aku tidak mahu mereka yang datang padaku hanya untuk menolongku. Aku tidak mahu mereka yang datang hanya kerana ingin meluah perasaan. Aku bisa menjadi segalanya yang kau maukan tetapi untuk menjadi apa yang aku mau adalah tidak mungkin. Mungkin tuhan belum lagi ingin memberi maka aku pasrah.

Memori pergilah menjauh dariku, jangan kau datang lagi. Mereka semua mengusik perasaan dan ingatan walhal aku sebenarnya menjauhinya. Hanya segelintir teman saja yang mampu mendengar atau membaca ini, walaupun teman baikku sendiri tidak akan mengetahui coretan ini.

Aku perhatikan apabila aku berkata tentang kebenaran, tentang kebaikan dirinya sendiri, tentang nilai dirinya sendiri dia cepat-cepat mau meletakkan telefon. Dia mahu aku bersetuju apabila dia mengatakan ingin menghantar anaknya pada bekas suaminya hanya untuk memenuhi tuntutan suami sekarang.

Mungkin aku salah kerana memikirkan ia pada caraku dan fikiranku tapi kupasti jika yang ini dituruti kemudian nanti anak kedua dan ketiga pula yang akan disingkirkan. Akhirnya jika dah tak punya apa lagi untuk disingkirkan, apakah dirinya sendiri pula mau dileraikan.

Mungkin takdirku hanya mendengar dan untuk itu aku akan terus mengunci mulutku lagi untuk kesekian kalinya. Aku hanya ingin menilai diriku apakah yang telah kulakukan untuk ibu ayah, adik-adik, anak-anak dan saudara maraku adakah merupakan terbaik bagi mereka dan diriku. Atau benarkah ada yang tidak mau aku gembira seperti yang lainnya. Aku menyerahkan diriku sepenuhnya untukmu tuhan. Kerana hanya padamu untukku meminta dan berserah.

Aku rindu pada belaian sayang. Ibu, ayah dimanakah dikau. Semalam aku bermimpi lagi, abah membelai kepalaku. Menitis airmataku mengenangkannya. Seumur hidupku berapa kalikah aku mendapat belaian seperti itu sedangkan seumur hidupku dibesarkan dalam keganasan dan kekasaran. Salahkah aku menuntut sedikit kasih sayang. Dan apabila simanis senyum meleret dan empunya sorot mata itu meletakkan tangannya ke atas kepalaku membelai dan memujuk dengan kata sabar aku lebur dalam kasih yang bukan kepalang gembira. Tapi hadirnya hanya seketika kerana aku tidak mungkin mengambil milik orang lain. Insyaallah...

Date released: 211205 (12.43am)
Currently listening: Para seimpare
Mood : Melancholic

No comments: