Monday, May 15, 2006

Hakikat Insan

15th may 2006 – 12.30pm

Penna: Lynna
Released: 15th May 2006
Mood: Cranky



Semakin hari aku menjadi semakin tamak. Kata setengah orang nak berjaya terpaksa ada sifat itu dimana sifat yang berlawanan dari aku. Pemurah dan tamak adalah satu sifat yang berlawanan. 7 sifat yang dilaknat yang boleh membawa kepada kehancuran jiwa adalah, amarah, tamak, hasad dengki, khianat, nafsu, riak, (sorry tak ingat satu lagi).

Kerana pengalaman semalam mengajar aku supaya tidak menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung. Tanpa diminta aku sentiasa menghulur, berfikir bahawa kebaikan akan sentiasa menjurus kepada kebahagian. Tapi tidak semua mereka berfikir seperti apa yang kufikir.

Jika aku fikir kesempitan mereka harus ku lebarkan, kekusutan mereka harusku huraikan dengan harapan mereka tahu apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka padaku adalah sesuatu yang salah.

Mereka tidak boleh menjadi aku dan aku tidak mungkin menjadi mereka. Tidak semua mereka mampu sentiasa memberi, tidak semua mereka mampu sentiasa mendengar, tidak semua mereka berbesar hati. Hanya SATU yang bisa melakukan untukku. HANYA DIA.

Aku berperang dengan sifat sebenar. Aku masih lagi menyimpan segala sifat yang dulu. Sukar untuk aku menukarnya. Apabila aku tersedar yang aku semakin tamak, aku terpukul olehnya. Aku jadi amat sensitif. Aku menjadi amat terpenjara dengan keinginan dan harapan.

Semakin ku usir sifat itu semakin ia hampir padaku. Semakin ku jauhkan diri darinya semakin kusengsara. YA ALLAH kenapa aku diuji lagi. Apa yang ingin kau beri padaku lagi selain dari fitnah, nista dan caci maki mereka.

Jauhkan dirinya dari ku YA ALLAH. Tidak aku tak mahu hanyut dilautan nafsu, tidak mahu tergoda oleh amarah, tidak mahu terbuai dek riak, tidak mahu, tidak mahu…Sempurnakanlah pekertiku seperti kau sempurnakan rupa parasku YA ALLAH.

“You got to changed in order to be perfect, after all you are only human”… my confidante told me once… “Just be yourself” another said… “Just do what you want to do farm”… my third confidante told me… In complete words” Its only me who knows what, who, where, what, why, when I want, need in my life”…

Mereka yang berada disekelilingku tak pernah meninggalkan aku tanpa sebab kecuali satu, dua atas sebab yang tidak dapat mereka elakkan atau dengan disengajakan… Setelah membaca Ten Rules of Life aku memikirkan dengan mendalam. Hanya aku yang tahu apa yang terjadi, mengapa ianya terjadi dan yang pasti kerana keputusan dan pilihan adalah milikku maka dengan itu ianya terjadi..

Redha menerimanya adalah satu kemudahan untuk meneruskan hidup… Disamping menjadi rasional dan emosi yang dikendong aku menjadi pemikir yang fanatik sekarang.

Mengapa aku memilih menjadi yang kedua, mengapa aku tidak mahu menerima lamaran dia, bukan satu tapi dua, bujang maupun yang beristeri. Apa mauku memang diketahui tetapi melaksanakannya perlu ketabahan, ketaqwaan dan niat yang betul.

Aku cuma ingin sedikit waktu kerana tanggungjawabku keatas empat amanah tuhan itu amat besar diatas bahuku. Ya benar bukan aku tak boleh berdiri atas kaki ku tetapi sebagai insan dan sebagai manusia aku memerlukan teman yang boleh berkongsi minda dan hati, jiwa dan raga. Bukan semua atas dasar nafsu, kerana amanah tuhan itu perlukan seseorang untuk membimbing mereka. Bukan mengatakan walinya tidak mampu tetapi sebagai seorang perempuan yang muhrim bagiku adalah sesuatu yang perlu ku kukuhkan disini.

Benar, kawan banyak disekelilingku. Aku boleh bergurau, aku boleh bertanya, meminta tolong tetapi ada beberapa perkara aku tidak boleh berkongsi dengan mereka dan aku perlukan seseorang yang dekat denganku. Memang banyak andaian yang mereka boleh pertikaikan tetapi hakikatnya pilihan ku ini adalah kerana aku yang menginginkannya begitu.

Aku tahu ia nya adalah satu situasi yang amat sukar untuk keduanya kerana pilihanku itu bukanlah yang akan menyenangkan aku dari segi wang ringgit, status, stabiliti tetapi seseorang yang mengerti dan yang pentingnya menyayangi aku seadanya. Mungkinkah itu terpenuhi? Hanya allah saja yang akan memberi jawapannya.

Adakah aku meminta lebih dari seorang lelaki, suami, kawan, khalifah? Itu semua adalah sifat lelaki yang perlu mereka sendiri dalami. Mungkin kini mereka akan berkata seorang perempuan itu cukup untukku tetapi DIA dan DZATNYA lebih mengetahui mengapa yang tersurat dan tersirat mengatakan lelaki boleh mengambil empat perempuan untuk dijadikan isteri dalam satu masa. Sejauh mana lelaki maupun seorang perempuan itu menghindarinya, tiada siapa yang dapat melarikan diri dari taqdirnya.

Aku memberi diriku satu jangka masa untuk dia dan aku belajar, mengerti, merasa, mengimbangi antara satu sama lain. Ia tak mungkin tercapai jika hanya seorang saja yang mau memahami dan mengambil inisiatif yang diperlukan. Apabila waktu itu tiba di waktu itu juga akan ku tanyakan semula, kusuarakan lagi, dan soalan yang bakal menentukan layakkah kau memimpin aku adalah dimana letaknya DIA didalam DIRIMU dan dimanakah letaknya AKU disisimu…

Setiap yang berada disekelilingku adalah cermin yang bakal membalikkan siapakah aku itu. Dengan itu aku harus belajar mencari siapa AKU dan dimanakah DIA dalam diriku. Ilmu insan dan ilmu ikhlas yang perluku dalami untuk menjadi insan yang redha menerima diri ku seadanya….

19.56pm

1 comment:

ME said...

satu sifat lagi untuk melenkapkan 7 iaitu cemburu