Friday, May 19, 2006

Rindu


Current mood: calm
Ketelusan sebagai kekasih diragui…
Bagaimana aku meyakini
Kau juga jujur dan ikhlas?
Jawapan itu tiada padaku
Kerana ia ada padamu.

Harus aku meyayangi diriku.
Menghalusi diriku
Memahami diriku
Mengingini diriku
Memungkinkan diriku
Untuk dikasihi dan mengasihi...
Kubermula melihat kiri dan kanan.
Menilai yang terpandang dan dikejauhan…
Impian demi impian ku jalin

Ku umpan mimpi agar ia hadir realiti.
Indah malam dengan bintang
Bercahaya dengan rembulan
Ditebaran awan biru.
Indah tersenyum menawan
Dengan kedinginan malam.
 
Terlena aku
Dibuai mimpi
Diulit sepi….

Terjalar perasaan indah pabila tangan kasar
Membelai lembut rambutku
Menelusuri pundak
Menjalar kebelakang
Jatuh kepinggang
Berhenti mengelitik sekitarnya
Perasaan baru timbul
Di tiap inci tubuhku.
Perlahan naik semula
Membelai lembut
Hangat darahku mengalir Keseluruh anggota
Hangat wajahku
Menahan gejolak rindu
 
Tersadar aku cuma bermimpi
Mimpi yang membawaku jauh kealam ilusi
Ilusi yang tidak bertepi
Ilusi indah cuma mimpi
Yang hadir dikala aku rindu
Dicelah bait sepi
Dicelah rindu menggebu
Mengamit segala perasaan
 
Kemana kulontarkan perasaan ini
Hanya kerana kuperantau sepi
Hanya kerana aku terpenjara
Dipenghujung kasih


Sayang setelah perginya dikau
Aku kini tetap sendiri
Bersama bayangmu
Bersama impian yang terlerai
Bersama rindu yang kecundang

No comments: