Monday, September 12, 2005

DOA BUAT MAMA

Mama,

Dengan doamu aku bahagia, dengan doamu aku berjaya, dengan doamu juga aku menanggis, dengan tangisanmu aku merana dengan ratapmu aku teruja…

Mama,

Tiap detik berlalu aku amat merindu belaian tanganmu, aku amat mendamba kan ucapan kasihmu, amat ingin berada didakapan mu…

Mama aku tahu biar berjuta bintang ku taburkan kepangkuanmu masih belum dapat membalas jasamu. Biar bertahun bulan bersinar belum tentu mengembirakan hatimu, biar berkarung wang dan harta belum dapat membeli hatimu…

Tapi ma, biar berkali kusujud padamu belum tentu kau dapat menjelaskan padaku apa yang terbuku dihatimu…

Aku bersyukur ma dengan doamu aku berjaya, dengan doamu aku bahagia, dengan doamu aku tenang mengharungi hidup yang serba kekurangan tapi aku bersyukur ma dengan doamu itulah aku beroleh segalanya…

Mama,

Aku ingin tahu apa yang kau kesalkan terhadapku. Apa yang tidak lagi kupenuhi untukmu. Istana ku musnah kerana tidak memenuhi kehendakmu? Aku tidak boleh melalui kehidupan tanpa restumu? Tapi kenapa ma? Belum lagi aku mahu mengadu ketidakcukupanku padamu. Kerana aku tidak mahu menyusahkan mu.

Aku cuma ingin membahagiakan mu. Aku cuma ingin berkongsi senyummu, tawa mu pada sisa-sisa kehidupan ini.

Beri aku sedikit panduan apa yang mama inginkan dariku. Puas aku memujuk mu ma, tapi aku tidak jumpa jawapan itu. Mengapa ma? Apa salahku?

Tapi ma, walau begitu tidak pernah aku melupakan sujud kehadrat allah dan memanjatkan doa buatmu agar mama tetap gembira, agar mama tetap bahagia, agar mama terus sihat meneruskan kehidupan, agar mama dipelihara kesejahteraan dan syukur aku nama mama masih boleh kusebut dan kujenguk maupun kupeluk…

Tapi walau dingin pelukan mu hati ku tetap merasakan hangatnya kasihmu mama. Biar panas airmata yang mengalir ini mengingati apa yang terjadi dulu tetapi aku tidak menyimpannya dihatiku.

Lepaskan mama, usahlah mama mengingati kisah lalu. Mama tetap cinta hatiku, mama masih beraja dihatiku dan amat kudambakan setiap waktu.

Aku masih ingin mendakapmu, mencium kakimu, masih ingin merasakan masakanmu. Tapi mama mengapa memalingkan muka terhadapku. Apa salahku ma? Katakanlah biar aku tahu…

Jangan biarkan aku menanggis lagi ma, aku ingin bahagia. Aku ingin mendidik amanah allah ini dengan caraku. Berikan aku peluang ma.

Aku ingin dikasihi, dicintai penciptaku setiap waktu. Mama masih sentiasa dihatiku. Panggillah aku dengan nama kasih dan sayang mama. Aku rindu belaianmu… Amat rindu ma….

Cinta kasihmu tidak dapat dibeli oleh beribu lelaki yang cuba meraih kasihku ma. Tak mungkin… aku cuma ingin kasihmu, sayangmu, belaianmu ma, aku rindu ma, amat rindu padamu…

2.26am

11 Sept 05

I was devastated on Friday but now I hope Mama you can feel better, ive given the best to you and I will try deliver the best to my kids unconditionally. I will try my very best to make everyone happy to have me around…. I love you mama, no matter how much ive hurt I will still love you unconditionally… Ill repay what ever I can to make you smile and happy to have me in your life…

No comments: