Thursday, September 29, 2005

WANITA


Current mood: bouncy

Yang diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki yang paling bengkok untuk melengkapkan kehidupan seorang lelaki. Mengapa yang kiri dan paling bengkok untuk dilentur?

Bagaimana tangan seorang wanita yang lembut, manis, penuh kecintaan, kasih dan sayang membuatkan seorang lelaki khayal dan asyik mahsyuk. Ia dijadikan untuk lelaki dan sebaliknya.

Zaman sekarang tiada yang membezakan seorang wanita dari lelaki atas sebab apapun kecuali melahirkan.

Mengapa allah menjadi wanita itu terlalu istimewa, mudah masuk syurga dan penyuluh neraka. Wanita itu cantik di anugerahkan akal dan nafsu bagi melengkapkan segala yang diperlukan oleh lelaki.

Dari seorang ibu lahirlah seorang anak yang di belai, dimanja, dikasihi dan dididik. Ibulah yang menjaga siang dan malam. Dari susu ibulah anak membesar dari tangan ibulah anak makan. Jika menanggis ibu dodoikan, jika sakit ibu ubatkan, jika lapar ibu suapkan, tika gembira ibu temankan.

Dari seorang srikandi, pelopor, pemimpin, penghibur apa jua yang lelaki inginkan hanya perlu memilih yang mana satukah yang mahu dijadikan teman.

“Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik juga”. Adilnya tuhan terhadap wanita yang di takdirkan menjadi peneman Adam seketika dahulu.

Allah memuliakan wanita sebaik-baik makhluk dengan segala kebaikan dan keistimewaan.

Terletaklah pada wanita itu sendiri bagaimana ia menghargai dirinya. Punya harta, rupa, perkerti, wibawa, naluri dan apa jua bentuk inspirasi pada lelaki.

Wanitalah sumber segala keinginan seorang lelaki. Betapa benar dan sejauhmanakah ia menepati kehidupan manusia terletak pada lelaki itu sendiri siapa yang menjadi pilihannya.

Kadangkala wanita yang dicintai itu lain dari wanita yang dinikahi. Mengapa? Apa kah itu satu taqdir atau pilihan yang ditentukan oleh lelaki itu sendiri. Walhal dua-duanya berada didepan mata.

Satu cantik, penuh naluri, penuh pekerti, penuh inspirasi, yang mana satunya penuh wibawa, penuh tonasi, lantang bicara dan tabah. Tapi yang menjadi pilihan adalah yang keibuan dan tak punya harta maupun ringgit. Yang mana punya harta, kerjaya dan lantang itu tetap tinggal seperti itu..

Apakah yang tiada … Dimana lelaki membezakan antara wanita-wanita itu..

Setia meladeni, jujur, akur, ayu, adakah itu ukuran pilihan?

Wanita ibarat berbagai warna dan rupa. Yang memberi warna kehidupan pada dunia. 9 akal lelaki itulah yang menentukan hak dan juga ketentuan wanita itu disisinya.

Dari lirik matamu
Lahir indah senyummu
Dari persona cintamu
Tercetus perasaan sayangku
Dari tindak tandukmu
Akur aku pada perintahmu
Dari anggukan itu
Jatuh aku kepanggkuanmu
Gadis, Perempuan, Wanita
Menjadikan dia nanar
Menjadikan dia kesasar
Menjadikan dia lupa pada dirinya
Menjadikan dia alpa sementara
Betapa cantiknya perempuan
Betapa ayunya gadis
Betapa wibawanya wanita

No comments: