Sunday, September 18, 2005

Wang, Rupa atau Pekerti

Dimanakah ketinggian darjat dirimu?

Kita dianugerahkan tuhan dengan sifat yang cukup. Mengapa manusia itu dijadikan berbagai bentuk rupa? Di bagi akal dan hati?

Dimanakah letaknya diri kita disisi sesama insan? Manusia dijadikan kaya dengan akal untuk dipergunakan untuk menilai antara baik dan buruk. Disuluh agar jalan yang dilalui dapat dilalui dengan penuh kesyukuran.

Tapi ramai diantara kita yang berfikir melalui hati dan perasaan hingga melupakan rasional. Dan apabila emosi mengambil alih bahagian-bahagian penting akal segala tindak tanduk yang diambil tidak disempurnakan dengan sebaiknya..

Apakah ini yang dikatakah darjah tingkatan pemikiran insan? Hari-hari kita melalui proses kehidupan yang sama dan di beri dugaan dan masalah untuk difikirkan.

Ada diantara kita akan menilai detik-detik yang dilalui dengan berbagai persoalan agar dapat dianalisis dengan sebaik mungkin.

Ada diantara kita yang bertanya mengapa masalah dan dugaan ini didatangkan berbagai rupa agar ianya tidak dipandang sama atau remeh pada tiap masa. Bagaimana pula kita menangganinya.

Akal yang satu dipergunakan sepenuhnya untuk mendapatkan satu jawapan yang diperlukan oleh diri kita untuk merungkai persoalan.

Adakah wang satu jalan untuk menyelesaikan masalah. Ada yang diantara kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan bantuan wang. Tetapi sejauh manakah wang dapat membantu sesuatu atau seseorang? Dimanakah peranan wang itu sendiri?

Bolehkah harga diri diperniagakan oleh wang? Bolehkah wang menentukan nilainya seseorang itu? Arus keduniaan sekarang memertabatkan wang di tempat yang paling tinggi.

Rupa…

Bolehkah rupa dipergunakan untuk menilai seseorang? Dimana letaknya harga rupa seseorang itu. Cantiknya wajah, rupa bentuk badan seseorang? Cara pemakaian, cara jalan, cara bercakap, duduk atau cara mengambil hati orang lain?

Rupa tidak datang dalam bentuk yang sama. Dibezakan dalam banyak bentuk dan cara yang berbeza. Bagaimana menentukan rupa melambangkan perwatakan dan pembawaan diri seseorang? Kecantikan, manis, rupawan atau keayuan?

Rupa yang akan mengundang ramai peminat. Memuja, memikat, mengejar… tapi adakah itu pengukur seorang individu? Bagaimana yang tak punya rupa tetapi mempunyai pekerti yang cantik.

Layakkah mereka dipuja, dikasihi maupun disayangi? Hubungan pekerti dan rupa amat rapat. Sesuatu itu berkait antara satu dengan lain dengan cara yang tersendiri.

Tetapi maukah anda melihat kepada pekerti tanpa melihat rupa? Rupa biasanya menjadi ukuran yang paling tinggi bagi seseorang. Jarang kita dapat menilai pekerti dari rupa seseorang selain dari mengenalinya dengan mendalam. Pekertilah yang menjadi asas kecantikan insan.

Pekertilah yang selalu dilupakan sekarang ini. Kerana rupa menyebabkan manusia alpa kepentingan asas diri. Kerana rupa manusia sanggup berhabis untuk menjadi cantik. Kerana rupa juga manusia melupakan pekerti yang menjadi asas norma-norma kehidupan manusia.

Wang, rupa dan pekerti jika digabungkan menjadi pelengkap bagi kecantikan diri, akal dan fikiran. Tapi sejauhmanakah diantara kita yang mahu melihat dirinya untuk melengkapkan diri dalam satu pakej.

Dunia moden sekarang melihat wang sebagai status penempatan diri seseorang. Tapi kitalah yang menilai diri kita sendiri, meletakkan status diri, mencantikkan rupa dengan kehalusan nilai pekerti yang tinggi.

Dari pekerti yang tinggilah norma dan nilai kehidupan ditemui, rupa dan wang hanyalah pelengkap diri. Kitalah yang menentukan siapa diri kita. Bukan mereka yang memandang kita. Banggalah dengan diri yang seadanya untuk nilai murni kehidupan.

No comments: