Thursday, October 20, 2005

APA SEBENARNYA

Pada waktu begini aku masih belum tidur menghabiskan kerja yang masih belum siap. Jika tidak aku tidak dapat menumpukan perhatian penuh pada kerja mahupun tidur lena. Walau sukar aku terpaksa meneruskannya. Pada waktu-waktu beginilah aku berfikir. Pada waktu beginilah apa jua yang dikehendaki anak2 kurenungkan. Tidak mudah tapi harus ku selesaikan.

Sikembar entah berapa kali bertanya padaku bilakah aku mahu membawa mereka membeli persiapan raya. Berayakah aku tahun ini. Ia masih jauh untukku jawab. Entah mengapa aku tidak merasa keperluan beraya ini untukku. Mungkin pada saat-saat terakhir jika tiada cek dari syarikat, aku harus mengeluarkan simpanan untuk membelikan keperluan mereka. Mereka harus merasakan kemeriahan hari raya. Walau sesusah manapun aku harus tetap mengadakan. Mereka harus merayakan hari kemenangan ini. Setelah menyudahkan perjuangan melawan nafsu menahan diri berpuasa.

Betapa anak-anak yang kecil ini berjaya menahan diri dari lapar dan dahaga. Betapa cekal mereka mengharungi hari-hari yang berlalu kerana memenuhi tuntutan agama. Sekolah pada waktu pagi, mengaji pada waktu tengahari, mengerjakan pekerjaan rumah pada sebelah petang. Jika ada masa yang tinggal mereka akan tidur sebentar sebelum mandi dan menunggu waktu berbuka puasa.

Juadah puasa amat sederhana dimana nasi bersama roti john yang semestinya ada dan beberapa kuih manisan. Teh o manis sentiasa menjadi pilihan dan kadangkala milo panas menjadi penghilang dahaga. Setelah berbuka masa untuk bersama teman-teman jika tidak menghadirkan diri kemasjid untuk bertarawikh. Sesungguhnya jadual yang penuh untuk mereka cukup untuk menyedarkan aku betapa teraturnya hidup mereka. Hidup aku dulu jua begitu. Mudah dan senang mengikut aturan yang ditetapkan.

Tetapi sebagai seorang dewasa ada juga yang selalu terbabas dari menunaikan tanggungjawab yang diwajibkan setahun sekali. Sebagai ibu waktu-waktu begini menuntut aku bekerja lebih untuk menyediakan yang adanya bagi mereka. Tadi sewaktu berada di D’Palma tee bertanyakan tentang persediaan anak-anak. Aku cuma senyum dan mengatakan belum ada rezeki lagi buat mereka. Insyaallah dalam seminggu dua. Aku tidak mengharap mahupun akan meminta dari sesiapa. Sesungguhnya DIA tahu apa yang kuperlukan. Dugaan begini lebih menyedarkan aku betapa dahulu aku amat mudah menabur wang untuk keluargaku dan sahabat handai yang memerlukan pertolongan. Dan aku pasti DIA akan menaburkan rezeki anak-anak dalam masa terdekat ini.

Untuk aku sendiri tidak mungkin aku mahu menginginkan apa-apa. Waktu untukku sudah berlalu sewaktu aku seumur anak-anakku. Rom tidak pernah berhenti dari ingin menyumbang baktinya. Kukatakan padanya anak-anak ku bukan yatim piatu yang perlu sumbangan tapi ramai lagi yang berada dipanti asuhan yang memerlukan. Tapi jiwa dan nurani yang baik tidak akan mendengar alasan yang kuberikan. Itulah sahabat, itulah teman yang tidak mendengar rintihan tetapi nampak akan kesukaran. Banyak waktu aku melarikan diri dari mereka ini kerana aku tidak mahu berhutang budi. Biar lelaki maupun perempuan. Mereka nampak airmata hatiku mengalir walau aku ketawa menemani mereka.

Untuk itu aku tak mampu berpura. Bagiku yang perlu hanyalah hidangan dimeja yang perlu ada setiap hari untuk meneruskan hidup sehari-hari. Mereka diluar sana ada yang lebih susah dariku, lebih daif yang perlu berpuasa berhari-hari walau bukan di bulan ramadhan.

Ramadhanlah yang menyedarkan banyak sifat nurani yang tersimpan dan juga ukhuwah antara sesama insan. Diwaktu beginilah kita bertafakur, bertadarus, berqiyamullail dan berkhalwat menyendiri mengakui apakah yang harus kita lakukan selepas ini. Kadangkala kita diingatkan tanpa sedar akan apa sebenarnya yang berlaku disekeliling kita tetapi dek kerana sifat yang tidak sihat menutupi akal dan nurani yang inginkan kemurnian jasmani.

Bukankah perlakuan dan mereka disekeliling kita itu contoh kehidupan. Tidakkah kita dapat menyelami apa yang sebenarnya cuba disampaikan. Selain dari bersyak dan wasangka. Mungkin kita salah perkiraan pada ketika dan waktu yang tidak kita jangka. Tapi renungkanlah apa sebaliknya dan apa sebenarnya.

Pembaca budiman ramadhan adalah bulan mulia. Tidak ada keinginan dihati ini untuk menyentuh perasaan maupun mengguris hati anda semua. Apa yang ingin aku sampaikan adalah renungan yang mungkin akan menyedarkan kita. Aku yang serba kekurangan ini bukan ingin mencari publisiti maupun mendapatkan simpati dari siapa jua. Kita adalah pelakon dunia. Setiap yang kita pertontonkan akan diperlihatkan dihari perhitungan. Tiada kata seindah bahasa, tiada pekerti seindah jiwa. Bermaafanlah kita dihari mulia, semuga anda diberkati dihari muka. Jika ada silap dan salah yang telah melukakan siapa jua, ampun dan maaf dipinta kerana yang baik itu dariNYA, yang buruk itu dari kita jua. Muga allah mendorong aku kearah kesedaran yang tiada tolok bandingnya.

Dalam cerita ada rahsia tersimpan, dalam sandiwara ada yang ingin dipertontonkan. Carilah APA SEBENARnya makna dari manuskrip itu. Aku sedar apa yang aku pertontonkan banyak cela dan buruknya dari ku tetapi untuk paparan kita jadikan sempadan dihari muka. Semuga allah memberikan kita nur dan jalan yang terbaik untuk kita lihat dan perbetulkan…

Wassallam

Date released: 20th October 05 (1.16am)
Currently listening: Live terawikh fm Madinah
Mood: Melancholy

P.s Perhaps I was here for a REASON, a season or maybe a lifetime. Its time to realize which true friends can accept a hidden reason needs to be revealed in a way. If they stay because they found the reason god must have send the sense of love to them but if they don’t perhaps they have reason to any of the acts taken. Its time to think, reflect and be objective about life. Perhaps all written has left deep meaning to any individuals but for the facts of delivering the message. Perhaps by now I created more enemies than friends and for those who really knows me would understand why I did this. And for some who says im contradicting, there you go, if you can find the meaning in between words and lines you wont at all looking at things only on the bad side. Its all in your hand. Be yourself take all you want, do what you need. We aint her to pleased everyone I was told but to do what we have to. Only god knows what is in your heart nonetheless the blessing is always yours.

No comments: