Thursday, October 06, 2005

TALAQ

Current mood: sad

Satu sebutan yang amat menggerunkan semua wanita yang bersuami. Satu saat yang amat menakutkan. Satu perkataan yang amat menghairahkan bagi lelaki apabila marah.

Air mata hampir menitis bila diingatkan tentang perkataan yang dihalalkan dan paling di benci allah ini. Hari ini saja aku dikejutkan dengan 3 rumahtangga yang goyah dan wanita yang bakal di hadiahkan dengan title ini adalah mereka yang hampir denganku.

Belum aku belum lagi dapat mengatasi kekalahan perasaan dalam bab ini. Tidak mungkin aku dapat melupakan halilintar yang memanah diriku waktu talaq dilafazkan. Dalam ketidak berdayaanku, tertusuk olehku beribu jarum keseluruh tubuh, jiwa dan nadiku. Hampa, kecewa, runtunan perasaan menjadikan aku hancur seperti istana pasir yang kubina waktu kecilku dipasiran pantai.

Nanah, darah, bisa bergumpal bertahun dalam jiwa ragaku. Hancur segala impian, keinginan, pengorbanan, cinta, harapan maupan keluhan. Kugapai awan, kusulam pelangi, kucapai senyuman bersama sinaran mentari.

Ya tuhan,

Hindarkan itu dari temanku, jangan biarkan teman ku merasakan neraka dunia ini. Cekal dan tabahkan mereka dengan iman dan taqwa jua kesabaran yang maha tinggi.

Ya tuhan,

Aku tak mungkin meminta yang bukan milikku, tetapi aku bisa memohon kehadratmu ya allah. Hindarkan taqdir ini buat mereka. Dengarkan keluhanku. Dengarkan rintihanku. Aku tak mampu menasihati lagi, aku tak mampu melihat lagi. Mulutku terkunci dan hanya hati ku bisa berkata, memohon dari mu ya allah.

Hindarkanlah!!! Panahkan rasa cinta mereka semula, panahkan asmara itu. Mengapa aku tak berdaya ya allah. Mengapa aku menjadi kalah dan takut.

Aku belum pulih dari nanarku, aku belum dapat semula jiwa ku. Semuanya telah menjadi milikmu. Dan sebenarnya aku amat menyintaimu. Dengan itu tolonglah hambamu ini ya tuhan. Jangan tambahkan lagi wanita sepertiku didunia yang fana ini. Ampunkan aku ya allah, aku tidak mahu status ini tetapi inilah taqdir ku. Ku balut hatiku bersama zikirmu, hadismu, bawaku pulang semula....

Date released: 06th October 2005
Currently listening: How Could An Angel Breaks My Heart

No comments: