Wednesday, October 19, 2005

SYUKUR

Syukur kehadrat allah kita masih bangun dan dapat mengerjakan ibadah disamping kerja harian yang di lakukan. Sesungguhnya kita masih sihat dan masih dapat meneruskan kehidupan. Bagi mereka yang sakit segalanya terbatas. Ada hikmah disebalik kesakitan yang dirasa.

Mengapa allah datangkan sakit. Mengapa allah datangkan musibah. Dan mengapa allah mendatangkan dugaan. Tiap yang terjadi menyimpan makna tersendiri dan sebab yang tidak diketahui.

Sesungguhnya kesakitan itu menyedarkan kita yang alpa dalam kesegaran dan kegembiraan untuk bersyukur. Ramai yang diantara kita apabila dipuncak dunia lupa padanya untuk mensyukuri dan berterimakasih. Diwaktu sakit mendatang, mulut tidak pernah berhenti menyebut namanya. Di waktu keperitan terasa dekat dengan pencipta.

Meminta pencipta memberikan belas kasihan dan mengurangkan kesakitan. Diwaktu itulah segala yang indah dan sedap terbayang dimata. Mengandaikan sekiranya allah mengurangkan kesakitan maka akan diturut segala perintah yang disuruh.

Kesakitan menyedarkan manusia tentang kehidupan yang dilalui. Walau sebelumnya hidup adalah sukar namun pada waktu sakit lagi amat sukar. Bukan hanya penyakit yang berkaitan dengan tubuh badan tetapi penyakit rohani lebih amat menyakitkan jika kita tidak tahu bagaimana membahagiakannya.

Rohani disiram dan dibajai dengan iman dan taqwa. Dari iman dan taqwalah datangnya kesabaran dan kemurnian. Ianya jiwai dan halusi dengan bertafakur dan berkhalwat denganya.

Bagaimanakah kita mendapatkannya? Inilah yang harus kita sebagai insan dan umat islam patut tahu. Hadis dan quran adalah pendorong untuk kita terus mendapatkan ubat untuk penyakit fizikal dan rohani. Dengan ketahanan rohani, penyakit yang didatangkan terus dapat di syukuri dengan berusaha mengubatinya.

Kita alpa dalam kehidupan seharian dalam pencarian harta dan bekal hari tua. Tapi berapa ramai diantara kita ingat bekalan hari mati. Apakah yang telah kita lakukan untuk mendapatkan bekalan untuk menyelamatkan kita pada hari pertimbangan. Wallahuallam.

Blog ini ditulis setelah mendapat tahu dari anchelli bahawa joey sakit. Semuga joey cepat sembuh dan mendapat rahmat dari penyakit itu :P. Ameen.

Date release: 18th October 8.58pm
Currently listening:
Mood: Complacent

1 comment:

ME said...

WELL ONCE IN a while you should. Jetsetter and hyper you are as always make your body worn down sometime